Polisi Pembatalan


TERMA DAN SYARAT POLISI PEMBATALAN & BAYARAN BALIK (REFUND POLICY)



Tempahan Chalet dan Akses Masuk ke La Hot Spring
Polisi Umum
Polisi ini terpakai kepada semua pelanggan yang membuat tempahan chalet atau pembelian tiket akses ke La Hot Spring secara dalam talian atau dikaunter.

Bayaran 
• Pengguna akan dibawa terus ke halaman pembayaran melalui gerbang pembayaran untuk membuat pembayaran tempahan.
• Pembayaran mesti diselesaikan sebelum tempahan boleh diterima dan disahkan oleh sistem.
• Sebelum meneruskan pembayaran, jumlah keseluruhan akan dipaparkan terlebih dahulu untuk makluman pengguna.
• Tempahan hanya akan disahkan sebaik sahaja pembayaran berjaya diterima.
• Sila simpan resit sebagai tujuan bukti pembayaran yang telah dibuat.
• Bayaran yang berjaya dilaksanakan bagi tujuan tempahan melalui system ini tidak akan dikembalikan, kecuali dalam keadaan tertentu yang dipersetujui oleh Pihak Majlis Daerah Besut.

Tempahan Chalet
Tempahan Boleh Dipulangkan (Refundable Booking) sekiranya:
• Pembatalan mestilah dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 hari (48 jam) sebelum tarikh daftar masuk.
• Caj pentadbiran sebanyak RM50 daripada jumlah tempahan akan dikenakan.
• Caj pembayaran khidmat gerbang pembayaran tidak akan dipulangkan.

Tempahan Tidak Boleh Dipulangkan (Non-Refundable Booking) sekiranya:
• Pembatalan yang dilakukan dalam 2 hari (48 jam) sebelum tarikh daftar masuk.
• Bayaran adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan.
• Termasuk promosi khas, potongan harga, atau tempahan saat akhir dan bayaran cas pembayaran gerbang pembayaran.
• Permohonan untuk menukar tarikh tempahan hanya dibenarkan sekali dan mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal. Penangguhan tertakluk kepada kekosongan chalet dan slot.

c. Ketidakhadiran (No-Show)
• Tiada bayaran balik akan diberikan jika pelanggan tidak hadir pada hari tempahan yang dibuat.
• Termasuk promosi khas, potongan harga, atau tempahan saat akhir dan bayaran cas pembayaran gerbang pembayaran.
Akses Masuk ke La Hot Spring
• Tiket yang telah dibeli adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dipulangkan kecuali dalam situasi berikut:
• Penutupan kolam oleh pihak pengurusan atas sebab keselamatan/cuaca buruk.
• Arahan rasmi pihak berkuasa untuk menangguhkan operasi.
• Dalam kes ini, pelanggan akan ditawarkan:
• Tukar tarikh lawatan tanpa caj tambahan

Permohonan Refund Atas Alasan Khas Tempahan Chalet La Hot Spring
Permohonan boleh dipertimbangkan atas alasan seperti:
• Pembatalan program rasmi (untuk agensi kerajaan)

Dokumen untuk Pemulangan (Refund)
Dokumen sokongan WAJIB dikemukakan. Semua permohonan tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan Majlis Daerah Besut dan permohonan refund berhak ditolak oleh pihak Majlis Daerah Besut. Dokumen hendaklah diemelkan kepada [email protected] dan di cc ke [email protected]. Lampiran yang diperlukan adalah:

1. Surat permohonan refund daripada pemohon asal
2. Salina kad pengenalan
3. Salinan akaun bank terkini

Kaedah dan Tempoh Pemulangan Wang
Sekiranya refund diluluskan:
• Akan dikreditkan semula ke akaun bank atau kad pelanggan dalam tempoh 14–30 hari bekerja
• Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui tranfer ke akaun yang disertakan lampiran daripada pemohon.
• Cas perkhidmatan dan pentadbiran sebanyak RM 50.00 akan ditolak daripada bayaran asal.
Pindaan Polisi
Pihak pengurusan La Hot Spring berhak untuk meminda polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.

Pembatalan Oleh Pihak Majlis 
• Pihak Majlis berhak membatalkan tempahan chalet dan akses pada bila-bila masa tanpa notis sekiranya chalet diperlukan untuk urusan rasmi kerajaan.
• Permohonan untuk menukar tarikh tempahan hanya dibenarkan sekali dan mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal dari tarikh tempahan baharu. Penangguhan tertakluk kepada kekosongan chalet dan slot.

Hubungi kami
Untuk sebarang permintaan akses atau pembetulan data peribadi anda, sila hubungi kami di:
Pejabat: 
Majlis Daerah Besut

Alamat :
Majlis Daerah Besut,
22200 Besut, Terengganu Darul Iman

Nama Rasmi & Pendaftaran:
Ditubuhkan 01 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

E-mel:
[email protected]
[email protected]

Telefon:
Pejabat Utama:
09-695 6388
Pengurusan La Hot Spring:
Puan Farha : +60 13-604 5967
Encik Nazrol: +60 13-976 5723

Nota Penting

Dengan membuat tempahan atau pembelian tiket, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan segala syarat yang dinyatakan di atas. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.