Polisi Data Perlindungan


NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


Pendahuluan


Data Peribadi mungkin dikumpulkan melalui operasi biasa Aplikasi dan Perkhidmatan kami. Contohnya termasuk:
Nama, e-mel dan nombor telefon untuk tujuan pendaftaran tempahan dan akses;
Maklumat peranti bagi mengenal pasti peranti.
Data yang dikumpulkan melalui peranti ini adalah milik Majlis Daerah Besut dan rakan kerjasama kami yang telah memeterai perjanjian sewajarnya dengan kami bagi melindungi data tersebut. Walaupun rakan kerjasama ini berkongsi data telematik dengan kami (bagi membolehkan kami melaksanakan tujuan seperti yang dinyatakan), kami tidak akan berkongsi sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti identiti pelanggan atau tempahan pelanggan kami.
Majlis Daerah Besut (selepas ini dirujuk sebagai "Sistem Tempahan La Hot Sping", "Kami", "Kita", atau "Pihak Kami") komited dalam melindungi maklumat peribadi pengguna (selepas ini turut dirujuk sebagai "pengguna", "anda" atau "milik anda") dan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010).
Notis ini menerangkan cara Sistem Tempahan La Hot Spring mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan maklumat yang dikumpulkan daripada pengguna dan hanya terpakai kepada data peribadi yang diproses untuk urus niaga komersial.

Pengumpulan Maklumat Peribadi
Sistem Tempahan La Hot Spring tidak akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti anda secara langsung melalui aplikasi mudah alih kami (“Aplikasi”) melainkan anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut secara sukarela dan/atau meneruskan penggunaan setelah dimaklumkan bahawa maklumat anda akan direkodkan.
Maklumat yang akan dikumpulkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: nama, nombor pengenalan, e-mel, nombor telefon, alamat, maklumat akaun bank dan apa-apa data peribadi lain seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA 2010.
Sistem Tempahan La Hot Spring akan mengumpulkan dan memproses data apabila pengguna membeli tiket menggunakan aplikasi ini.

Tujuan Pengumpulan Data
• Memproses permintaan perkhidmatan anda;
• Melaksanakan transaksi pembayaran, penyampaian notis, borang, surat dan dokumen berkaitan;
• Memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda;
• Berkomunikasi melalui e-mel, panggilan telefon, SMS, media sosial dan lain-lain;
• Tujuan lain berkaitan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan;
• Kajian pasaran dan analisis trend;
• Pencegahan atau pelaporan kegiatan jenayah seperti penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram;
• Mematuhi keperluan undang-undang, peraturan atau arahan mahkamah;
• Rekod dalaman dan penyelenggaraan pangkalan data;
• Penilaian risiko kredit dan kebolehpercayaan pengguna;
• Memantau dan menambah baik mutu perkhidmatan.

Pendedahan Maklumat Peribadi Pengguna
Maklumat anda mungkin didedahkan kepada pihak-pihak berikut, hanya untuk tujuan yang dinyatakan:
Ejen dan penyedia perkhidmatan yang berkaitan;
Pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang perlu;
Individu yang tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan;
Pihak berkuasa jika dikehendaki oleh undang-undang.
Sistem Tempahan La Hot Spring tidak akan menjual, memperdagangkan atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan.
Tempoh Penyimpanan
Data peribadi anda akan disimpan selama mana perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan, berdasarkan amalan dalaman serta keperluan undang-undang dan perakaunan.
Tanggungjawab Anda
Anda bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi yang tepat. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kami tidak dapat memproses data anda dan perkhidmatan kami kepada anda akan dihentikan serta-merta.
Jika anda tidak ingin maklumat dikumpul melalui kuki semasa melayari laman web kami, anda boleh menyahaktifkan kuki melalui tetapan pelayar internet anda atau memadam sejarah pelayaran serta cache.

Hak Anda Berhubung Perlindungan Data
Hak Akses: Anda boleh memohon akses kepada data peribadi anda dengan notis munasabah dan bayaran fi kecil dengan dipersetujui oleh kami.
Hak Pembetulan: Anda boleh memohon pembetulan jika data anda tidak tepat atau lapuk dengan dipersetujui oleh kami.
Hak Pemadaman: Anda boleh meminta data anda dipadamkan dalam keadaan tertentu dengan dipersetujui oleh kami.
Hak Had Pemprosesan: Anda boleh mengehadkan pemprosesan data termasuk menarik balik kebenaran pemasaran dengan dipersetujui oleh kami.
Hak Membantah Pemprosesan: Anda boleh membantah pemprosesan data dalam keadaan tertentu dengan dipersetujui oleh kami.
Hak Pemindahan Data: Anda boleh memohon pemindahan data kepada organisasi lain atau kepada anda secara langsung dengan dipersetujui oleh kami.

Hubungi kami
Untuk sebarang permintaan akses atau pembetulan data peribadi anda, sila hubungi kami di:
Pejabat: 
Majlis Daerah Besut

Alamat :
Majlis Daerah Besut,
22200 Besut, Terengganu Darul Iman

Nama Rasmi & Pendaftaran:
Ditubuhkan 01 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

E-mel:
[email protected]
[email protected]
Telefon:
Pejabat Utama:
09-695 6388
Pengurusan La Hot Spring:
Puan Farha : +60 13-604 5967
Encik Nazrol: +60 13-976 5723

Perubahan kepada Notis Ini
Sistem Tempahan La Hot Spring berhak untuk meminda atau mengemas kini notis ini pada bila-bila masa berdasarkan keperluan undang-undang atau perubahan operasi majlis.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau aplikasi. Dengan meneruskan penggunaan selepas perubahan, anda dianggap bersetuju dengan pindaan tersebut.